mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SUKU TAHUN KETIGA 2019

Ushwn01

Nama

:

Rosnida binti Ismail

Umur

:

39 Tahun

Keahlian PI

:

01 Ogos 2016

             

                         Ushwn02

Latar belakang

  • Puan Rosnida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan bagi menjana pendapatan tambahan keluarga, beliau mula berjinak-jinak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadikan platform perniagaan atas talian sebagai pilihan memulakan perniagaannya. Menjual tudung bawal, pewangi dan aksesori tudung iaitu brooch.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hanya membuat promosi secara kecil-kecilan dan menunggu tempahan dari pelanggan. Selain itu, tidak begitu mahir menggunakan komputer malahan kurang yakin apabila pertama kali ingin menggunakannya. Sekadar mendengar tentang promosi online dan transaksi perbankan online melalui rakan-rakan. Rasa kurang keyakinan diri menjadi kekangan utama untuk terus serius berniaga

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

    • Mempelajari perkara berkaitan komputer, internet dan menyertai latihan keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Jengka 16. Menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai langkah pertama mempromosi produk. Turut mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk membuat promosi secara online iaitu dengan menggunakan portal Dashboard Komuniti My Shop dan juga Facebook. Selain itu, semakin mahir dalam mempelbagaikan platform promosi dan pemasaran iaitu giat mempelajari kaedah membuat promosi perniagaan yang menarik serta berkesan dari semasa ke semasa.