|
Nama |
: |
Hasmah binti Ahmad |
|
Umur |
: |
36 Tahun |
|
Keahlian PI |
: |
02 Jun 2016 |
Latar belakang
Hasmah Ahmad memulakan perniagaan secara atas talian sejak tahun 2015 lagi. Bermula dengan penapis air Coway dan sekarang beliau hanya fokus pada produk kecantikan iaitu Nuraysa dan Fellera dengan menjadi sebahagian agent dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kurang kemahiran dalam ilmu promosi dan pemasaran yang boleh memberi kesan kepada jualan produk beliau. Saluran untuk menjual produk kecantikannya juga hanya tertumpu kepada Facebook sahaja. Bahan-bahan seperti pamplet dan business card untuk tujuan promosi produk tidak dibekalkan kepada agent dropship. Saluran meniaga juga hanya melalui Facebook sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Menggunakan Facebook, WhatsApp dan Portal Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium promosi perniagaan. Pelanggan kini tidak hanya tertumpu di sekitar Felda Jengka 16, malahan turut menerima tempahan secara online dari pelbagai tempat. Semakin mahir dan giat menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai jaringan komunikasi dengan pelanggan yang ingin membuat tempahan dan belian. Produk jualan semakin dikenali.
-
