mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SUKU TAHUN PERTAMA 2019

QP1

Nama

:

Suhaida binti Mohammad

Umur

:

40 Tahun

Keahlian PI

:

2017

             

                   QP2

 

Latar belakang

  • Puan Suhaida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Selain itu, beliau juga seorang yang bercita-cita tinggi dan begitu bersemangat menjalankan aktiviti perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup kerana suaminya telah meninggal dunia. Bijak merebut peluang untuk memajukan jualan popcorn caramel agar menjadi pilihan orang ramai.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Suhaida hanya berniaga secara offline dan menjual produk keluarnya hanya di kawasan berdekatan kediaman sahaja. Produk yang dijual mendapat permintaan tinggi ketika musim cuti sekolah kerana terdapat majlis perkahwinan yang menjadikan Popcorn Queen Caramel sebagai doorgift kepada tetamu yang hadir. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

    • Mula membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan Popcorn Queen Caramel dengan mendapat galakkan sepenuhnya dari ahli keluarga dan juga rakan-rakan untuk mempelajari perkara berkaitan komputer, internet dan menyertai latihan keusahawanan. Menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai langkah pertama mempromosi produk. Selain mendapat bimbingan dari petugas Pusat internet bagi menambah pengetahuan berkaitan promosi perniagaan, beliau menjadikan sumber internet bagi mengetahui info tambahan mengenai cara-cara membuat promosi perniagaan yang berkesan. Turut mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk membuat promosi secara online iaitu dengan menggunakan portal Dashboard Komuniti My Shop dan juga Facebook. Tempahan produk juga semakin bertambah. Seiring dengan perkembangan dan kesedaran betapa pentingnya kualiti serta tarikan promosi, beliau telah menambahbaik mutu produk dengan menempah dan menampal sticker yang kreatif di setiap balang/bekas/plastik Popcorn Queen Caramel.