|
Nama |
: |
Muhammad Azmie Danial bin Ali |
|
Umur |
: |
14 Tahun |
|
Keahlian PI |
: |
21 Februari 2016 |

Latar belakang
-
Azmie Danial merupakan seorang pelajar Sek. Men. Keb. Felda Jengka 16 yang berumur 14 tahun. Memandangkan mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan, maka Azmie membuat keputusan untuk menyertai dan membantu bapanya meniaga kebab serta roti pita ayam di pasar-pasar sekitar Bandar Jengka semasa waktu cuti persekolahan. Bapanya membimbing serta memberi tunjuk ajar dari awal proses perapan ayam hingga ke cara-cara untuk membungkus bungkusan kebab dan roti pita ayam tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Azmie Danial hanya diberi pendedahan oleh bapanya dari segi pelaksanaan perniagaan secara offline. Kurang mahir menggunakan platform perniagaan untuk membuat prpmosi dan mewar-warkan perniagaan kebab serta roti pita. Hanya menjalankan promosi atau pemasaran semasa waktu berniaga sahaja iaitu dengan memanggil pelanggan untuk datang membeli.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Lebih cekap dalam merancang susun atur perniagaan Kebab Ayam Tan Tin Tun & Roti Pita Ayam Tan Tin Tun keluarganya. Selain itu, sering terlibat dengan kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet (PI) seperti contoh kelas menghasilkan label harga dan produk kebab serta roti pita dengan menggunakan Microsoft Office 2010 (Word) serta kelas menghasilkan poster menggunakan aplikasi atas talian postermywall.com.
-
