|
Nama |
: |
Muhd Anas Bin M. Sani |
|
Umur |
: |
35 Tahun |
|
Keahlian PIK |
: |
02 April 2019 |

Latar belakang
-
-
- Mohd Anas merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan air minuman Orikuu yang mempunyai pelbagai jenis seperti Air Orikuu Vanilla Coklat, Kopi Kaw Ais dan Teh Ais. Beliau adalah seorang yang bercita-cita tinggi, berpandangan jauh dan sentiasa merebut peluang untuk menjadi seorang yang berjaya terutama dalam bidang perniagaan.
-
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti (PIK)
Mempunyai pengetahuan asas berkenaan teknologi dan internet, namun masih memerlukan bimbingan petugas Pusat Internet Komuniti untuk meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan yang sedia ada. Tidak begitu mahir dengan selok-belok promosi perniagaan atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
-
Semakin giat mempromosi Air Minuman Orikuu secara konsisten iaitu dengan menjadikan media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram sebagai platform promosi untuk memastikan orang ramai lebih mengenali produk Orikuu yang mempunyai pelbagai perisa, sedap dan lazat. Kemahiran berkomunikasi bertambah baik apabila semakin yakin dan selesa berbicara serta berinteraksi dengan para pelanggan.
-