ASAS PEMBELAJARAN MEMBUAT TORTILLA AYAM |
||
Tarikh |
: |
20 Disember 2019 |
Masa |
: |
4.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: |
Pusat Internet Felda Jengka 16 |
Peserta |
: |
23 Orang |
Objektif
Sesi mempelajari cara membuat Tortilla Ayam menggunakan resepi yang mudah. Melatih para pengguna untuk menjadi seorang individu yang serba boleh dalam pelbagai aktiviti. Memupuk semangat kerjasama dan menambah keyakinan diri untuk mahir menyediakan atau menyajikan menu makanan.
Aktiviti
-
Petugas Pusat Internet berkongsi tips untuk menghasilkan Tortilla Ayam yang mudah tetapi sedap. Para pengguna diberi resepi dan bahan-bahan yang diperlukan iaiti roti tortilla, salad, isi ayam, sos salad berperisa keju, kobis ungu dan tomato ceri. Selepas itu, para pengguna dikehendaki mengikuti setiap langkah yang diberi untuk membuat dan menghias tortilla yang lazat juga menarik.