BENGKEL MICROSOFT OFFICE – PENGENALAN KEPADA EXCEL |
||
Tarikh |
: |
12 Disember 2019 |
Masa |
: |
10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Lokasi |
: |
Pusat Internet Felda Jengka 16 |
Peserta |
: |
4 Orang |
Objektif
Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para pengguna mengenai asas penggunaan Microsoft Excel serta fungsi-fungsinya. Pada sesi kali ini, para pengguna mempelajari cara membina sebuah data mengenai Kutipan Pingat Sukan Sea Filipina 2019. Microsoft Excel merupakan program aplikasi spreadsheet (lembaran kerja elektronik) yang canggih. Boleh membantu para pengguna untuk menghitung, menganalisa data dan pada masa yang sama data dalam bentuk table dapat dipersembahkan.
Aktiviti
-
Para pengguna mempelajari cara dan kaedah fungsi pengeditan seperti menaip, cut , copy, paste, delete dan sebagainya. Selain itu, para pengguna mempelajari cara membina table, menambah, menghilangkan baris dan kolum serta sorting data iaitu nombor atau angka. Cara memasukkan (colum chart) graf, carta pai dan sebagainya juga dipelajari. Pada akhir sesi ini, cara untuk tampilkan print preview dan mencetak turut dikongsi.