| PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: KIDVENTURE – WEBINAR 5 (BIZKID MUDAH CUTI SEKOLAH) | |
| Tarikh | 23 Disember 2025 |
| Masa | 10:00 Pagi – 11:00 Pagi |
| Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
| Peserta | 3 Orang |
Objektif
Webinar interaktif yang dijalankan khas buat murid-murid sekolah untuk membantu mereka menjana pendapatan semasa cuti sekolah melalui idea perniagaan yang mudah. Mereka juga boleh memulakan perniagaan dengan apa yang mereka miliki (Bisnes tanpa modal dari rumah). Sesi perkongsian dan juga bimbingan ini dilaksanakan secara dalam talian selama satu jam.
Aktiviti
Sesi ini dimulai dengan ice breaking dan mind setting berkaitan kaedah memulakan pernigaan. Tenaga pengajar berkongsi tentang cara untuk memulakan bisnes tanpa modal dari rumah. Para usahawan cilik juga diberi input mengenai pelanggan, produk dan juga perancangan. Sesi webinar ini juga turut memberi bimbingan berkaitan cara untuk mengurus kewangan dengan mudah.
PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: KIDVENTURE – WEBINAR 5 (BIZKID MUDAH CUTI SEKOLAH)