| PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: KIS WAR | |
| Tarikh | 23 Disember 2025 |
| Masa | 3:00 Petang – 4:00 Petang |
| Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
| Peserta | 12 Orang |
Objektif
Memberi pendedahan awal kepada para peserta dalam kalangan umur 13-17 tahun tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika serta bertanggungjawab. Menggalakkan amalan digital yang sihat termasuk pengurusan masa skrin, komunikasi berhemah, perlindungan data peribadi, dan kesedaran terhadap jejak digital (digital footprint). Para peserta dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berinformasi dan interaktif. Melalui sesi ini juga, ianya dapat memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran literasi digital mereka.
Aktiviti
Terdapat aktiviti menarik dan menguji minda para peserta melalui permainan interaktif yang dijalankan secara dalam talian menggunakan platform seperti Kahoot, Quiz.com & Quizizz. Terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh para peserta dengan jawapan yang betul. Peserta yang menjawab soalan dengan jawapan yang betul dan masa tercepat akan dinobatkan sebagai pemenang.