PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA JENGKA 15 |
||
Tarikh |
: |
26 Januari 2019 |
Masa |
: |
7.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari |
Lokasi |
: |
Klinik Desa Felda Jengka 15 |
Peserta |
: |
230 Orang |
Objektif
-
-
- Program Jom Sihat Sihat Bersama Pusat Internet Felda Jengka 15 diadakan bertujuan mempromosi salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Health dalam usaha menerapkan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti Felda Jengka 15.
-
Aktiviti
Program bermula dengan sesi pendaftaran pengunjung dan diikuti dengan aktiviti Fun Run dan seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh pihak Klinik Desa Felda Jengka 15. Selain itu, taklimat pemakanan sihat oleh Pakar Pemakanan Klinik Kesihatan Bandar Jengka juga berlangsung. Bagi memupuk kesedaran orang ramai khususnya kaum wanita agar mengambil berat tentang pentingnya menjaga kesihatan sesi pemeriksaan Pap Smear turut diadakan. Antara aktiviti-aktiviti menarik lain yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak & Dewasa , Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti, Cabutan Nombor Bertuah dan pelbagai lagi.