mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025: NADI CYBERSECURITY – WEBINAR DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN

NADI CYBERSECURITY: WEBINAR DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN
Tarikh10 Julai 2025
Masa3:00 Petang – 4:30 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 4 Orang

Objektif

Pada sesi webinar kali ini pelbagai perkongsian tentang Dari Serangan Ke Pemulihan dikongsi agar dapat dijadikan salah satu medium buat para peserta untuk memperoleh pelbgai ilmu yang bermanfaat dalam menjalani kehidupan yang kini semakin hari semakin berkait rapat dengan kecanggihan dunia digital .

Aktiviti

Encik Izzat Hamizan dari MCT Training bertindak selaku penceramah bagi sesi webinar pada kali ini merungkai pelbagai perkongsian menarik yang merangkumi pengurusan insiden siber, teknik OSINT, pencarian data sensitif, serta aspek forensik digital seperti hashing dan juga analisis bukti. Melalui sesi webinar ini dapat menarik perhatian para peserta yang ingin mengetahui dan memahami keseluruhan proses menangani serangan siber serta kaedah menganalisis kesan serangan secara profesional.