NADI DILEA – KELAS 16 – OPEN LIVE CLASS MATEMATIK | |
Tarikh | 8 Julai 2025 |
Masa | 3:30 Petang – 4:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 3 Orang |
Objektif
Sesi Kelas 16 Open Live Class Matematik adalah terbuka kepada para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 & 5. Merupakan sebuah program bimbingan akademik atau lebih dikenali dengan NADI-NURTURE DiLea. Program ini telah dirangka khas untuk membantu para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 & 5 mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan prestasi melalui siri bimbingan yang tersusun serta terancang. Selain itu, para peserta dapat mengembangkan lagi potensi diri demi mencapai kejayaan cemerlang dalam lapangan akademik.
Aktiviti
Sesi Open Live Class ini dilaksanakan melalui platform Google Meet iaitu guru memberi bimbingan dari segi perkongsian tips, nota dan juga latihan. Selain itu, guru juga menggunakan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan tentang topik, aktiviti latihan dan sesi soal jawab. Kaedah yang dikongsi oleh guru juga mampu membantu meningkatkan kefahaman para peserta secara berkesan dalam tempoh masa yang singkat.