mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025: NADI DILEA: LIVE CLASS SEJARAH – TINGKATAN 4

NADI DILEA: LIVE CLASS SEJARAH – TINGKATAN 4
Tarikh17 Julai 2025
Masa3:30 Petang – 4:30 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 2 Orang

Objektif

Live Class Sejarah Tingkatan 4 merupakan sebuah program bimbingan akademik atau lebih dikenali dengan NADI-NURTURE DiLea. Program ini telah dirangka khas untuk membantu para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 / 2025 mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan prestasi melalui siri bimbingan yang tersusun serta terancang. Selain itu, para peserta dapat mengembangkan lagi potensi diri demi mencapai kejayaan cemerlang dalam lapangan akademik.

Aktiviti

Sesi Live Class Sejarah bagi pelajar Tingkatan 4 ini dijalankan menggunakan platform Google Meet iaitu guru memberi bimbingan dari segi perkongsian tips, nota dan juga latihan. Selain itu, para peserta turut diberi sedikit tugasan untuk menjawab solan kuiz mengenai topik yang dipelajari bagi menguji tahap kefahaman mereka. Para peserta juga berpeluang mengambil bahagian secara aktif melalui pembelajaran secara berkumpulan.

NADI DILEA: LIVE CLASS SEJARAH – TINGKATAN 4