NADI DILEA: PROGRAM KHAS – WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS EDISI KETIGA TINGKATAN 4 & 5 | |
Tarikh | 19 Julai 2025 |
Masa | 2:30 Petang – 4:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 4 Orang |
Objektif
Program Khas Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ketiga – Speaking yang mendapat bimbingan dari Teacher Kiran. Beliau merupakan guru cemerlang Bahasa Inggeris dan juga seorang Edufluencer. Sesi webinar ini sesuai untuk para pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang ingin menambah pengetahuan serta penguasaan pertuturan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui bimbingan secara dalam talian oleh Teacher Kiran.
Aktiviti
Melalui sesi webinar ini, para peserta dapat meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris iaitu mampu bertutur dengan lebih lancar, tepat, yakin dalam pelbagai situasi harian serta lebih profesional. Selain itu, para peserta dapat menambah pengetahuan dan juga mempelajari cara-cara untuk mengatasi tetakutan dan rasa malu untuk bercakap yang mana melalui sesi ini. Teacher Kiran juga memberi peluang, ruang selamat dan interaktif untuk para peserta berlatih bercakap tanpa rasa takut atau gementar.
NADI DILEA: PROGRAM KHAS – WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS EDISI KETIGA TINGKATAN 4 & 5