mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025: WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT (13 TAHUN KE ATAS) : MALWARE – BAHAYA TERSEMBUNYI

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT (13 TAHUN KE ATAS) : MALWARE – BAHAYA TERSEMBUNYI
Tarikh19 Julai 2025
Masa11:00 Pagi – 12:00 Tengah hari
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 10 Orang

Objektif

Webinar Kempen Internet Selamat yang dijalankan khusus buat para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah menengah iaitu berumur 13 tahun ke atas. Tajuk perkongsian yang dibawakan pada sesi webinar kali ini adalah mengenai Malware: Bahaya Tersembunyi.

Aktiviti

Ancaman malware terhadap keselamatan digital pada masa kini kian membimbangkan malahan jika tidak dibendung dengan segera akan memberi kesan mudarat dalam mengharungi dunia digital yang semakin hari semakin canggih. Umum mengetahui bahawa golongan remaja pada masa kini dibesarkan dengan persekitaran dunia digital yang penuh warna-warni dan oleh itu pentingnya menyebarluas pengetahuan tentang keselamatan siber mengenai malware kepada mereka agar dapat menjadi satu keperluan asas yang tidak sesekali boleh diabaikan.