WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT (7- 12 TAHUN) : BERITA PALSU | |
Tarikh | 19 Julai 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 11:00 Pagi |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 14 Orang |
Objektif
Webinar Kempen Internet Selamat pada kali ini membawa perkongsian tentang Berita Palsu yang semakin hari semakin berleluasa dalam dunia digital yang kian canggih dan mencabar. Sesi webinar ini menjadi salah satu platform untuk berkongsi kesedaran mengenai Berita Palsu yang boleh mendatangkan pelbagai kesan jika tidak dibendung dari awal.
Aktiviti
Seperti yang diketahui, berita palsu mudah tersebar di pelbagai platform media sosial, mesej dan juga laman web yang tidak sah. Kerap kali kita mendengar bahawa perkongsian tanpa usul periksa boleh mendatangkan pelbagai ancaman, mengwujudkan suasana negatif, panik, memecahbelahkan masyarakat dan lain-lain lagi. Pada sesi akhir webinar ini, perkongsian tentang cara menangani penyebaran berita palsu dan tindakan undang-undang untuk membanteras gejala ini turut dikongsi agar para peserta sentiasa lebih berhati-hati, menjadi warga digital yang bijak serta bertanggungjawab.
WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT (7- 12 TAHUN) : BERITA PALSU