KEMPEN INTERNET SELAMAT: WEBINAR ANCAMAN SIBER PILIH UNTUK SELAMAT (7 – 12 TAHUN) | |
Tarikh | 4 Jun 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 11:00 Pagi |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 15 Orang |
Objektif
Sesi webinar Kempen Internet Selamat khusus buat para peserta yang berumur dalam kalangan 7-12 tahun. Topik pada kali ini membicarakan dan membawa perkongsian tentang Ancaman Siber. Dapat dilihat bahawa kanak-kanak hari ini membesar dalam dunia digital yang mana pelbagai info dan maklumat begitu mudah diperolehi kerana segalanya dihujung jari.
Aktiviti
Perkongsian yang dibawakan melalui webinar ini bertujuan memberi pelbagai informasi dan pengetahuan tentang pentingnya penerapan keselamatan siber dalam kalangan kanak-kanak bagi membentuk generasi yang cemerlang serta penuh tanggungjawab apabila menggunakan pelbagai kemudahan dalam dunia digital pada masa kini. Oleh itu, keselamatan siber bukan lagi pilihan, tetapi merupakan satu keperluan.
KEMPEN INTERNET SELAMAT: WEBINAR ANCAMAN SIBER PILIH UNTUK SELAMAT (7 – 12 TAHUN)