NADI DILEA: PROGRAM KHAS WEBINAR BERKALA MATEMATIK TINGKATAN 4 & 5 EDISI 2 | |
Tarikh | 21 Jun 2025 |
Masa | 2:30 Petang – 4:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 3 Orang |
Objektif
Program Khas Webinar Berkala Matematik Edisi 2 – Skor Matematik Mudah SPM Kertas 1 & 2 yang disampaikan oleh Cikgu Azwan yang merupakan guru Matematik dan Matematik Tambahan sejak 2002. Sesi webinar ini sesuai untuk para pelajar Tingkatan 4 & 5 yang ingin menambah pengetahuan Matematik dan impikan kejayaan dalam mata pelajaran ini melalui bimbingan Cikgu Azwan.
Aktiviti
Para peserta dapat memahami format soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkini yang mana webinar ini memberi pendedahan tentang format Kertas 1 (objektif) dan Kertas 2 (struktur & subjektif) serta variasi KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Selain itu, para peserta turut diberi bimbingan mengenai cara untuk menguasai teknik menjawab soalan secara berkesan, strategi dan kaedah menjawab yang efisien iaitu fokus kepada langkah penyelesaian, penggunaan formula tepat serta cara cepat mengurus masa. Para peserta juga dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran menguasai Matematik dengan teknik yang mudah difahami serta contoh praktikal. Akhir sekali, sesi ini juga membantu meningkatkan keazaman dan keyakinan para peserta untuk mendapat skor tinggi dalam peperiksaan kelak.
NADI DILEA: PROGRAM KHAS WEBINAR BERKALA MATEMATIK TINGKATAN 4 & 5 EDISI 2