mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025: NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA

NADI X CYBERSECURITY: WEBINAR LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA
Tarikh13 Jun 2025
Masa3:30 Petang – 5:00 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 6 Orang

Objektif

Sesi webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan para peserta mengenai betapa pentingnya melindungi identiti digital dalam kehidupan seharian. Selain itu, sesi ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang pelbagai risiko keselamatan siber yang boleh menyebabkan kecurian identiti, penyalahgunaan data peribadi, phising dan lain-lain lagi. Para peserta turut diingatkan tentang langkah-langkah keselamatan asas penggunaan kata laluan yang kukuh, pengurusan data peribadi dan pelbagai lagi.

Aktiviti

Encik Izzat Hamizan dari MCT Training bertindak selaku penceramah bagi sesi webinar pada kali ini. Beliau berkongsi secara teperinci tentang topik lindungi identiti digital dan kepentingannya. Melalui sesi webinar ini juga, beliau turut mengingatkan dan menggalakkan para peserta tentang amalan celik digital yang boleh dipraktikkan iaitu sentiasa lebih berwaspada dan bertanggungjawab semasa dalam talian. Selain itu, sesi soal jawab pada akhir sesi webinar ini yang memberi peluang kepada para peserta untuk bertanyakan pelbagai soalan tentang topik yang dikupas sepanjang sesi webinar ini berlangsung.