mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025: NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK

NADI X CYBERSECURITY: WEBINAR MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK
Tarikh20 Jun 2025
Masa3:30 Petang – 5:00 Petang
TempatNADI Felda Jengka 16
Peserta 3 Orang

Objektif

Webinar yang membawa tajuk Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak dan disampaikan oleh penceramah Encik Izzat Hamizan dari MCT Training. Sesi webinar ini berkongsi tentang risiko keselamatan siber yang dihadapi oleh anak-anak semasa bermain permainan dalam talian dan boleh mendatangkan pelbagai kesan serta ancaman jika tidak diatasi. Selain itu, webinar ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya mengawasi atau cakna terhadap anak-anak semasa mereka bermain permainan dalam talian. Encik Izzat Hamizan juga turut memberi pendedahan tentang ancaman seperti buli siber, penipuan (scam), kandungan permainan dalam talian yang tidak sesuai dan interaksi dengan individu yang tidak dikenali. Melalui sesi ini juga, dapat mendidik ibu bapa tentang cara memantau atau mengawasi aktiviti anak dalam talian tanpa mengganggu privasi secara berlebihan, mengenalpasti langkah keselamatan seperti kawala ibu bapa (parental control), had masa skrin, dan pelbagai lagi.

Aktiviti

Encik Izzat Hamizan berkongsi tentang trend permainan dalam talian yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa kini. Beliau turut berkongsi mengenai taktik yang kerap kali digunakan oleh penjenayah siber untuk mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak sekiranya ibu bapa tidak memantau anak-anak yang terlalu obses bermain permainan dalam talian. Perkongsian dan paparan sebenar tentang bagaimana anak-anak boleh terdedah kepada bahaya turut dikongsi. Di akhir sesi webinar ini, Encik Izzat Hamizan berkongsi tips dan panduan terbaik yang boleh digunakan serta dipraktikkan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak ketika mereka bermain permainan dalam talian.