MAHIR BAIKI GAJET – KELAS MINGGU KE-17 | |
Tarikh | 8 Mei 2025 |
Masa | 2:30 Petang – 3:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Jengka 16 |
Peserta | 1 Orang |
Objektif
Kursus atau kelas Mahir Baiki Gajet sebuah program yang menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dengan mendapat bimbingan penuh dari tenaga pengajar berpengalaman iaitu Cikgu Fazli. Selain itu, kursus ini juga merangkumi penyelesaian masalah, mengenali komponen, membaik pulih perkakasan dan perisian telefon bimbit serta komputer riba.
Aktiviti
Minggu ke-17 ini adalah merupakan minggu terakhir bagi kurus Mahir Baiki Gajet dan pada sesi kali ini Cikgu Fazli membuat kelas ulangan atau ulangkaji serta imbasan kembali pelbagai topik yang telah diajar kepada para peserta. Melalui sesi ini juga, para peserta diberi peluang untuk bertanyakan atau berkongsi apa sahaja perkara yang berkaitan kursus yang dipelajari dalam tempoh masa 17 minggu sesi berlangsung.