mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2019 : HARI BERSAMA KOMUNITI 2019

                             HARI BERSAMA KOMUNITI 2019

Tarikh

:

12 November 2019

Masa

:

8.30 Pagi – 3.00 Petang

Lokasi

:

Pusat Internet Felda Jengka 21

Peserta

:

328 Orang

 

Objektif

Hari Bersama Komuniti 2019 melibatkan gabungan Pusat Internet Felda Jengka 21, Pusat Internet Felda Jengka 16 dan Pusat Internet Felcra Rumpun Makmur. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi mempromosi dan memperkenalkan pusat internet sebagai “one stop digital centre” yang boleh dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi dalam kalangan komuniti setempat, mewujudkan komuniti yang mesra ict dan teknologi agar seiring dengan arus kemodenan, perkembangan serta kecanggihan dunia tanpa sempadan pada masa kini. Selain itu, merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Menjalin Kerjasama dan hubungan mesra di antara pusat internet bersama komuniti serta kepimpinan setempat dan penawaran perkhidmatan yang berkualiti serta efektif oleh agensi-agensi yang terlibat

  • Aktiviti

        • Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ismail bin Dollah selaku ketua peneroka Felda Jengka 21. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai – pegawai dari Telekom Malaysia iaitu Puan Rinizah binti Razali, Tuan Haji Anuar Kader dan juga Encik Shakirin bin Ismail. Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Sheikh Azmanisham bin Sheikh Othman yang mewakili MSD Digital Intelligence Sdn Bhd, Ustaz Nasharudin bin Said iaitu SDA (U) Felda Jengka 21 dan Encik Hairul Nizam bin Othman selaku guru besar SK Felda Jengka 21. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah :

       

        • Kelas penghasilan video kreatif – Powtoon.Com

          Kelas keusahawanan – Basic Makeup Workshop

          Kelas pengenalan kepada ICT

          Pertandingan typing test – 10fastfingers.com

          Pertandingan origami – How to make an origami bunny abcya.com

          Pertandingan poster kreatif Klik Dengan Bijak (KDB) – Postermywall.Com

          Pertandingan mengarang artikel – Kepentingan internet kepada masyarakat (Dashboard Komuniti: My komuniti)

          Takilmat kesihatan – Penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung oleh dr. Pavitran a/l anpanandan

          Taklimat zakat – Zakat simpanan & zakat emas

          Taklimat keselamatan & demostrasi memadam kebakaran

          Pertandingan mewarna quiver bersama Tabika Kemas Felda Jengka 21 – (www.quivervision.com)

          Kuiz ict online – Find the technology abcya.com

          Kuiz ict online – Online words search puzzle

          Pertandingan kupas & makan telur terpantas

          Pertandingan dart Klik Dengan Bijak (KDB)

          Pertandingan gubahan sireh junjung

          Taklimat advokasi : Check your label, Mobile e-Waste, Pengawasan ibu bapa di internet

          Senamrobik

          Kuiz spontan

          Pertandingan teka guli

          Cabutan nombor bertuah


Gambar Di Sini