Warung Kak Izah terletak di lokasi Kampung Serengkam Maran, Pahang merupakan salah sebuah gerai makan yang terkenal & menyajikan hidangan istimewa Masak Lemak Cili Api Daun Pijat. Antara menu yang sering menjadi pilihan para pengunjung adalah Tilapia Masak Lemak Rebung, Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Daun Pijat, Ikan Patin Masak Tempoyak dan pelbagai lagi menu hidangan berasaskan ikan sungai. Selain itu, masakan yang dihasilkan merupakan hasil tangkapan ikan sungai yang segar dan kadar harga setiap hidangan yang ditawarkan sangat berpatutan.