mcmc
Galeri Video

MEDAN CELUP TEPUNG JENGKA – PADU BAK ANG! – MENARIK DI MARAN

Medan Celup Tepung Jengka merupakan sebuah lokasi menarik bagi penggemar makanan berasaskan celup tepung seperti udang, sotong, ikan dan pelbagai lagi. Harga yang sangat berpatutan dan yang pasti sedap serta berbaloi. Menawarkan dua jenis set hidangan iaitu Single Set yang berharga RM10.00 iaitu set udang celup tepung. Selain itu, terdapat juga hidangan Family Set (Celup Tepung Big Package Family Exravaganza) yang berharga RM 119.00 yang di dalamnya terdapat hidangan udang putih celup tepung, udang galah celup tepung, sotong celup tepung, ketam celup tepung, ikan selayang celup tepung, ikan kembung, pisang goreng, keropok goreng, jejari ketam celup tepung, sosej celup tepung dan air sirap sebanyak 3 jug. Lokasi terletak di Kedai Makan Lot 32654, Jalan Lintasan Semarak Uitm, 26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang. Waktu operasi bermula pada 11.00 pagi hingga 11.00 malam dan dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu ditutup kerana cuti. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 013-977 4036 / 019-311 4861.