Sebuah restoran sate yang tidak asing lagi di kawasan Chenor. Menyajikan pelbagai jenis sate seperti sate ayam, lembu dan kambing dengan perapan tersendiri yang begitu enak sekali. Dihidangkan bersama nasi impit beserta kuah kacang buatan sendiri. Selain itu, restoran ini juga turut menyediakan sajian masakan panas seperti nasi goreng kampung, nasi goreng Cina dan pelbagai lagi. Terletak di Kampung Bukit Lada, Maran. Waktu operasi bermula pada 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu dan cuti pada hari Ahad. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 019-9579894 / 019-9763378.