Menyajikan pelbagai menu hidangan yang pasti sedap dan menarik pada harga berpatutan. Hidangan terdiri daripada Nasi Arab, Western Food dan Masakan Panas. Antara menu yang popular dan sering kali menjadi pilihan para pelanggan yang hadir adalah Nasi Arab Kambing Bakar, Nasi Arab Ayam Bakar, Nasi Arab Ayam Goreng Crispy, Mee Kari Udang Galah (RM 15.00), Udang Celup Tepung (RM 15.00) dan pelbagai lagi. Set Nasi Arab Kambing Bakar bagi Set Talam berharga RM 70.00 dan sesuai dimakan seramai 4-5 orang beserta percuma 1 jug air Teh O Ais atau sirap. Manakala Set Nasi Arab Ayam Bakar untuk seorang makan berharga RM 17.00. Bagi yang ingin berkunjung ke Aliff Cafe, lokasi terletak di Lot 102 Jalan Intan (1), 26400 Bandar Jengka , Pahang. Juga boleh hubungi di talian 013-977 8036 / 013-977 4036 / 0115 2046783. Waktu operasi adalah bermula pada 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam pada setiap hari dan hanya tutup pada hari Rabu.