Salah sebuah tempat menarik yang memiliki suasana santai untuk beriadah dan terletak di Felda Jengka 14, Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang. Dibina pada tahun 2004 oleh Encik Mohd Rafi Ekramuddin selaku pemilik iaitu pada asalnya sebagai sebuah kolam memancing ikan. Selepas tiga tahun beroperasi, beliau melihat orang ramai lebih cenderung untuk menginap di hotel dan tercetuslah idea untuk membina 6 buah hotel. Dengan terbinanya hotel tersebut sambutan yang diterima oleh orang ramai semakin menggalakkan. Kini jumlah hotel yang dibina telah bertambah sebanyak 35 buah dan 5 buah lagi masih dalam proses pembinaan yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 40 buah hotel. Selain menjadi lokasi tumpuan kaki pancing, terdapat juga restoran masakan panas dan juga karaoke terbuka sebagai tarikan para pengunjung untuk bertandang serta menginap di Hotel D’Kolam Jengka 14 ini.
Kemudahan yang disediakan:
-
Bilik berhawa dingin
-
Televisyen
-
Kolam renang dewasa & kanak-kanak
-
Lantai mozek
-
Tandas & bilik air di dalam bilik ( Kemudahan air panas)
Kadar bayaran :
-
RM 45.00 ( 2 Orang )
-
RM 55.00 ( 2 Orang )
-
RM 65.00 ( 3 Orang )
-
RM 75.00 ( 4 Orang )
**Harga adalah mengikut saiz bilik.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 019-903 7786 (Encik Rizwan)
Tempahan : SHARALI_GROUP@YAHOO.COM
Facebook: Hotel D’Kolam
Website: http://hoteljengkadkolam.simplesite.com
Blog : http://sharali97.blogspot.my
(Sumber : Facebook Hotel D’Kolam & http://sharali97.blogspot.my/)