mcmc
Galeri Video

PENGUMPUL BARANG ANTIK – MENARIK DI MARAN

Encik Mohamad Hasmizam bin Ahmad Pahmi merupakan pengumpul barang antik yang sangat terkenal di daerah Maran. Hobi mengumpul pelbagai barang antik bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi iaitu pada 1980 an. Beliau hanya bermula dengan hobi mengumpul setem dan seterusnya koleksi barangan antik kian bertambah dengan beliau mula mengumpul duit kertas lama, duit syiling lama, tembikar, koleksi jam yang diperbuat daripada kayu, pelbagai senjata lama seperti keris, kapak, pedang dan pelbagai lagi. Antara koleksi baranga antik yang paling bernilai dan lama adalah duit syiling suku sen bertulis tahun 1819.