mcmc
Galeri Video

PONDOK POK KOB (AL-QURAN SEMUT 200 TAHUN) – MENARIK DI MARAN

Sebuah Galeri Awlia yang mempamerkan peninggalan zaman dahulu yang berlatarbelakangkan insan-insan yang mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Kisah sebuah tinggalan lama sebuah Al-Quran yang ditulis tangan hasil daripada kuasa Allah S.W.T. membimbing penulisnya untuk menulis naskah Al-Quran. Terdapat kejadian menggambarkan kebesaranNya berlaku iaitu apabila sekumpulan semut telah mendekati hasil karya penulis dengan terdapat dakwat di badannya dan melalui di atas lembaran-lembaran kertas yang sedang disalin oleh penulisnya . Galeri ini terletak di Madrasah Pondok Pok Kob, Chenor, Maran, Pahang.