
Dimiliki dan diusahakan oleh Puan Noor Yatimah binti Bohari. Beliau telah memulakan perniagaan aneka makanan ringan ini bermula sekitar tahun 1999 iaitu melalui warisan keluarga. Memiliki 7 orang pekerja sebagai tenaga sokongan untuk pemprosesan pengeluaran produk. Produk yang dihasilkan bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Felda Jengka 16, bahkan turut mendapat perhatian dan tempahan dari pihak luar. Selain itu, perniagaan ini turut menjadi pembekal makanan ringan bagi Stesen Minyak Petronas berhampiran dan juga syarikat Madinah Food. Antara produk yang dihasilkan dan sentiasa mendapat tempat di hati pembeli ialah:
- Kerepek Bawang
- Bahulu
- Kuih Sepit
- Mini Popia
- Rempeyek Kacang Tanah
- Rempeyek Ikan Bilis
- Buah Rotan
- Buah Bijan
