Program 10,000 Langkah & Kutip Sampah bersempena sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Felda Jengka 16 telah berlangsung pada 13 Disember 2020 bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 16 dan dirasmikan oleh Encik Azman bin Md Yussoff selaku Pengurus Felda Jengka 16 dengan penyertaan seramai 110 orang peserta. Selain itu, pertandingan mengutip sampah paling berat turut diadakan bagi menyerikan lagi perjalanan program ini. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan komuniti Felda Jengka 16 yang aktif, sihat dan cergas. Program ini juga dijalankan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat Felda Jengka 16 yang terdiri dari pelbagai lapisan umur.
