mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 – 2024 CELIK IT: NOR SHAZWANA BINTI NORFAZLI

Q1 2024

Nama

:

Norshazwana binti Norfazli

Umur

:

19 Tahun

Keahlian NADI

:

2024

                             

                                   

                          

Latar belakang

        • Norshazwana merupakan cucu peneroka Felda Jengka 16 dan juga pelajar lepasan STAM tahun 2023 dari Sekolah Menengah Agama Al Maarif, Pahang. Beliau hadir ke NADI untuk mengikuti beberapa siri latihan ICT yang diadakan khas untuk pelajar lepasan SPM tahun 2023.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Norshazwana mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet serta perisian Microsoft Office tetapi masih belum lagi mahir menggunakan fungsi yang ada sepenuhnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

      • Kemahiran menggunakan komputer semakin meningkat sejak mengikuti pelbagai kelas latihan ICT anjuran NADI Felda Jengka 16. Selain itu, beliau semakin mahir dan cekap menggunakan Microsoft Office Word, Excel, PowerPoint serta Publisher. Beliau juga turut mendapat bimbingan tentang penggunaan aplikasi Canva untuk membuat poster, slide pembentangan, suntingan gambar / video dan pelbagai lagi yang lebih menarik serta terkini.