mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 – 2024 CELIK IT: NOR MAIZAN BINTI MAT AKHIR

IT Q2 2024

Nama

:

Normaizan binti Mat Akhir

Umur

:

36 Tahun

Keahlian NADI

:

2024

                             

                                   

Latar belakang

        • Puan Maizan adalah seorang guru yang bertugas di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Felda Jengka 16. Beliau sering kali hadir ke NADI Felda Jengka 16 untuk mendapat bimbingan berkenaan latihan ICT dan juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI. Beliau juga sentiasa memainkan peranan penting untuk menyiapkan pelbagai laporan berkaitan sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Maizan mempunyai pengetahuan asas tentang ICT namun disebabkan jarang mempraktikkannya menyebabkan beliau perlu mengambil masa untuk kembali mendapat rentak dan momentum untuk menjadi mahir. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

NADI Felda Jengka 16 menjadi tempat rujukan & bimbingan berkenaan kemudahan ICT terutama tentang cara-cara untuk menggunakan internet serta kaedah memanfaatkan kemudahan ICT dengan lebih luas. Sentiasa hadir ke NADI untuk membuat laporan kehadiran bulanan petugas SAR Kafa, membuat surat permohonan peruntukan, laporan perbelanjaan bantuan, jadual waktu, mencari info dan maklumat serta pelbagai lagi. Semakin mahir dan cekap menggunakan internet, komputer serta beberapa aplikasi terkini di telefon bimbit.