Nama |
: |
Siti Salwa Norayu binti A.Rahim |
Umur |
: |
38 Tahun |
Keahlian NADI |
: |
2017 |
Latar belakang
-
-
-
-
Puan Siti Salwa merupakan anak peneroka FELDA yang menetap di Felda Jengka 16. Seiring dengan perkembangan teknologi informasi dan jualan secara luar talian (offline) yang kurang memuaskan, beliau mengambil inisiatif untuk memulakan langkah baharu dengan mengiklankan produk niaga beliau iaitu lemang secara dalam talian (online) melalui platform aplikasi WhatsApp serta Facebook (FB).
-
-
-
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Siti Salwa kurang mahir dan agak kekok menggunakan perkakasan dan peralatan komputer. serta internet. Tidak mendapat pendedahan yang luas berkaitan penggunaan teknologi ICT. Selain itu, Puan Siti Salwa juga masih menggunakan aplikasi WhatsApp biasa bukan WhatsApp Business yang mana lebih banyak fungsi yang tersedia bagi sesiapa yang mempunyai perniagaan. Puan Siti Salwa juga kurang aktif mengemaskini perniagaan LEMANG TOKWAN beliau di platform Facebook (FB).
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
-
- Melalui pelbagai kelas latihan keusahawanan dan latihan ICT yang dianjurkan oleh NADI Felda Jengka 16, Puan Siti Salwa semakin mahir menggunakan komputer serta kemudahan internt. Slebih mahir dan rajin mengiklankan perniagaan LEMANG TOKWAN di platform aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB). Berniaga secara atas talian (online) ini dapat membantu Puan Siti Salwa untuk memperluaskan audience online serta mencapai pasaran sasaran (orang yang telah peniaga kenal pasti sebagai bakal pelanggan) dan seterusnya meningkatkan hasil jualan LEMANG TOKWAN. Puan Siti Salwa juga bertambah mahir menggunakan business tools yang terdapat di dalam aplikasi WhatsApp Business seperti greeting message, quick replies dan labels yang mana dapat membantu beliau berurusan dengan para pelanggan online lebih cepat serta cekap.