SEJARAH PUSAT INTERNET FELDA JENGKA 16
YB. Dato’ Haji Wan Salman bin Haji Wan Ismail ADUN Kawasan Jengka menandatangani plak perasmian Pusat Internet FELDA Jengka 16 sempena Hari Bersama Komuniti 2016
Tanggal 18 Februari 2016, Pusat Internet Felda Jengka 16 dengan jayanya telah lulus SAT yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Maka secara rasminya bermulalah operasi harian Pusat Internet Felda Jengka 16 untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat tanpa mengira bangsa,agama, umur, jantina dan sebagainya. Tergolong dalam Fasa 8 Clawback 2014, PI1M Felda Jengka 16 merupakan salah sebuah pusat internet yang terletak di lokasi Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang. Pada 27 November 2016, berlansungnya Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Jengka 16 yang telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Wan Salman bin Haji Wan Ismail, ADUN Kawasan Jengka.
PROSES PEMBINAAN
PUSAT INTERNET FELDA JENGKA 16