SELAMATKAH INTERNET DI MALAYSIA?

Galeri Video | 4 May 2026

Dalam era digital yang pesat berkembang, penggunaan internet kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian. Namun, persoalan “selamatkah Internet di Malaysia?” sering timbul seiring peningkatan cabaran keselamatan siber serta penggunaan digital yang tidak beretika. Sehubungan itu, MCMC melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi melindungi kanak-kanak, remaja dan warga emas agar dapat menggunakan Internet dengan yakin dan selamat.

Pejabat MCMC Negeri Kedah bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Kedah turut memainkan peranan aktif dalam memastikan objektif kempen ini tercapai melalui pelbagai program di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta sektor pekerjaan. Inisiatif ini juga menjadi medium untuk mendekati masyarakat secara lebih menyeluruh, sekali gus memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan penggunaan internet secara beretika dan bertanggungjawab.

Semoga semua pihak terus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, sejahtera dan harmoni.

Bersama, kita wujudkan persekitaran digital yang selamat dan berintegriti. Internet Selamat, Tanggungjawab Semua.

#MCMC#KempenInternetSelamat#KementerianKomunikasi#JapenKedah

Kredit 🎥 @japenkedah

Sumber: Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia