STADIUM TUN ABDUL RAZAK JENGKA (STAR)

(Sumber Gambar: fabuloustrack.com.my)
Dengan terbinanya Stadium Tun Abdul Razak (STAR) yang berkapasiti memuatkan lebih 20,000 orang penonton pada satu-satu masa, menjadi STAR sebagai tarikan utama pengujung ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung. Selain itu juga, STAR berperanan sebagai stadium tuan rumah (Home) kepada pasukan Liga Super FELDA United FC. STAR yang gah ini memiliki ciri rumput tiruan gred 2 bintang yang diiktiraf Badan Bola Sepak Dunia (FIFA).
KAPASITI PENONTON STADIUM STAR
| BAHAGIAN | BILANGAN |
| TETAMU DIRAJA / KEHORMAT | 5 |
| VVIP | 30 |
| VIP | 60 |
| JEMPUTAN VIP | 200 |
| GRANDSTAND | 3,604 |
| TERBUKA | 15,779 |
| MEDIA BERMEJA | 48 |
| MEDIA | 226 |
| BANGKU SIMPANAN | 48 |
| JUMLAH | 20,000 |
Stadium Tun Abdul Razak Jengka (STAR) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, pada Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2016 yang telah diadakan di Perkarangan Stadium STAR, Jengka, Pahang.
(Sumber: Majalah Peneroka Bil. 2/2016)