Salah satu perusahaan ternakan ayam kampung yang terbesar di daerah Maran dan juga negeri Pahang yang diusahakan oleh usahawan muda, Nik Azhar Nik Aziz bertempat di Felda Jengka 6. Sentiasa mendapat permintaan yang sangat tinggi bagi pengeluaran daging ayam kampung asli, anak ayam kampung dan telur ayam kampung. Bakal meluaskan lagi perniagaan yang dimiliki dengan memperkenalkan produk sejuk beku (frozen) dan perapan ayam kampung. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui Facebook Ayam Kampung Jengka.