mcmc
Galeri Video

YUSHAM BAKERI HOUSE OF SEMPERIT – MENARIK DI MARAN

Yusham Bakeri House Of Semperit merupakan perusahaan Industri Kecil & Sederhana (IKS) yang pada awalnya hanya bermula di rumah secara kecil-kecilan dan kini semakin dikenali ramai. Diusahakan oleh Puan The Rohaya binti Mt Yusoh dan Puan Lawiyah Binti Ali yang terletak di Kampung Tanjung Perang Kampung Awah, 28030 Temerloh Pahang Darul Makmur. Permintaan semperit paling tinggi dan menjadi pilihan utama adalah Semperit Dahlia di samping empat jenis semperit lain iaitu Semperit Suji, Semperit Kacang, Semperit Bunga Cina dan Semperit Coklat. Turut menjual aneka biskut lain, roti dan juga kek. Perusaahaan ini semakin berkembang apabila turut mempunyai agen / runner jualan di Shah Alam, Kuala Lumpur, Melaka dan juga Terengganu.